Saturday, January 14, 2012
Tuesday, December 27, 2011
hujung sem
macam biasa. nak final pulak. study week da stat. tapi aku baru nak mengharungi buku-buku yg bertimbunan ni. aritu balek uma sat. jumpa family. anak-anak buah aku makin comel. geramnya tgk. malam last kat uma, anak buah aku paling sulung ckp 'kakak nak tido dengan kak ica malam ni. rindu. nak peluk!' errr geli la peluk-peluk. anak buah aku mmg paling aku kakak. sporting je. sentiasa muda.
taun baru pon nak muncul dah. da lama aku tak wat hajat taun baru. macam tak perlu je. kang berhajat lebih buatnya hampeh. berusaha apa saja yang terdaya. aku pon makin nak dewasa da. seronok tgk kawan kawan sebuk cari tempat LI, siapkan tesis, ulang alik ke lab utk experiment, presentation. aku masih macam taun taun sebelum ni. tp makin extreme lah. projek masyaAllah. naseb baek da settle semua. Alhamdulillah.
p/s : ujan adalah punca aku nak wat new post kat blog buruk ni. to be continue..
Saturday, September 10, 2011
sem baru
tido bangun tido bangun rupa-rupanya da melangkah ke tahun 3 aku di UKM. ramai antara rakan-rakanku bakal melangkah ke alam pekerjaan setahun selepas ini. InsyaAllah. tapi bukan aku. aku masih ada baki pengajian 2 tahun. kenapa lah mesti 4 tahun total tempoh pengajian untuk majoring aku. tapi bagus jugak. lambat kerja lambat bagi duit raya kat anak-anak buah. sekarang bukan senang nak cari duit. bukan senang jugak nak tak abeskan duit. manusia manusia.
melangkah ke sem baru dengan azam dan harapan baru. harap harap bukanlah hanya kata-kata di mulut dan niat di hati semata-mata, tapi ada usahanya. pulang ke UKM, ada rindu bertapak di jiwa akan tetapi lara juga memenuhi ruang di hati ini tatkala hendak berangkat ke tempat ilmu ditimba. itu lah situasi normal seorang yang bergelar pelajar. cuti saja hati teramat liat untuk pulang ke kampus. biasa lah, jarang-jarang dengan keluarga kan. makan pun jarang yang sedap-sedap tak macam di rumah, sampai kembung perut menyumbat tanpa rasa ragu-ragu.
cukup lah sampai di sini. mata sudah menguapkan kelopak matanya. selamat malam.
p/s : harap-harap mimpi indah menjelma.
Wednesday, August 17, 2011
hidup adalah anugerah
tak ada manusia yang hidupnya sempurna. pasti ada kecacatan yang mencela. tapi jangan sesekali menyesal dengan apa yang pernah terjadi. musibah dalam kehidupan, perkara biasa yang berlaku. semua orang akan merasainya termasuk diri kita. yang membezakan hanyalah waktu dan masa aerta seberat mana musibah itu menimpa. itu sebagai ujian yang akan memantapkan dalaman diri kita. teruskan melakukan kebaikan di muka bumi. pasti akan mendapat hasilnya kelak. bila? hanya Pencipta kita yang mengetahuinya.
p/s : jangan putus asa. teruskan berdoa.
Saturday, August 13, 2011
tinggi itu bukan selamanya
sinonim kepada terbang adalah bebas. seperti belon-belon di atas berterbangan di udara dengan bebasnya. tapi benar-benar bebaskah? kalau bebas sudah tentu tidak punya masa untuk turun ke tanah kembali kan? setinggi mana pun terbangnya sesebuah belon panas itu akhirnya turun ke tempat kaki berpijak jua. begitu juga manusia. setinggi mana pon darjat dan pangkat serta kejayaan yang ditempuhi dan dimilikinya, suatu saat pasti akan merasa juga berada di bawah. jangan terlalu angkuh dengan apa yang sedang dimiliki. ingatlah kepada yang kurang dan langsung tidak mampu untuk memiliki apa-apa. tiada guna kaya di dunia jika tidak berbakti sesama manusia. setinggi mana pun kedudukan kita, akan ada jatuh bangunnya. kerana semua yang kita rancang ada Dia yang menentukan dan semua milik kita di dunia bukanlah hak mutlak tetapi ada pemilik yang lebih berhak iaitu DIA.
A.A.A
title di atas adalah bersempena dengan nama seseorang. orangnya ni berani sangat. tapi dalam alam maya je la. sekali face to face hampeh. wei ubah sikit la cara tu. ayat da okay tapi penakut yang amat. walaupun macam tu tapi dia ni sempoi je orangnya. mengada-ada pon ya jugak kadang-kadang. bagi aku dia ni memerlukan seseorang untuk membimbingnya supaya menjadi seorang yang lebih berani dalam dunia kenyataan. aku nak tolong cari kang salah type lak. cari sendiri la ek? hee. okay je kawan dengan dia ni. boleh wat tempat luahan perasaan secara percuma. siap advice lagi sebagai pakej.
pesanan penaja ikhlas buatmu. hey u deserve better person to be ur partner. don't hope for a perfect person b'coz we're not perfect at all. and plz change ur 'malu melampau' attitude tu okay? just for ur happiness dude ;)
p/s : sory kalo aku terlampau ikhlas. hihi
Sunday, August 7, 2011
khas untuk encik/cik xda nama yang shout kat shoutmix aku
"ad bran plak ko ckp psl islam kat penang, ko pon x pakai tudung, layak ke wei? hihi"
ayat oleh encik/cik xda nama di shoutmix ini agak memanaskan hati aku ketika membacanya. tapi pabila memikirkan bulan puasa yang mulia dan mungkin kata-katanya itu sebenarnya nak menasihat secara halus hingga tersentap orang yang membacanya aku cool down. ya i'm not wearing hijab. am i not a muslim? nauzubillah, sesungguhnya aku memohon kepadaNya aku tidak terbuang dari agama Islam yang suci ini. mungkin aku SANGAT tak layak nak berbicara mengenai Islam memandangkan dari fizikal aku pon menunjukkan aku bukan muslimah yang sejati. namun hanya Allah yang tahu betapa aku cuba untuk mendekatiNya dari hari ke hari. apa pon aku terima dengan hati yang terbuka. terima kasih encik/cik xda nama. ayat sentap ko akan aku ingat sampai bila-bila. tolonglah berdoa kepada Allah supaya aku cepat berubah menjadi mungkin seperti ko seorang Islam sejati. kita sesama Islam kan? harap-harap ko tak keberatan untuk mendoakan aku :)
p/s : untuk encik/cik xda nama, terima kasih sudi melawat blog aku ni, rajin-rajin lawat la lagi :)
Subscribe to:
Posts (Atom)