Tuesday, December 27, 2011

hujung sem

macam biasa. nak final pulak. study week da stat. tapi aku baru nak mengharungi buku-buku yg bertimbunan ni. aritu balek uma sat. jumpa family. anak-anak buah aku makin comel. geramnya tgk. malam last kat uma, anak buah aku paling sulung ckp 'kakak nak tido dengan kak ica malam ni. rindu. nak peluk!' errr geli la peluk-peluk. anak buah aku mmg paling aku kakak. sporting je. sentiasa muda.

taun baru pon nak muncul dah. da lama aku tak wat hajat taun baru. macam tak perlu je. kang berhajat lebih buatnya hampeh. berusaha apa saja yang terdaya. aku pon makin nak dewasa da. seronok tgk kawan kawan sebuk cari tempat LI, siapkan tesis, ulang alik ke lab utk experiment, presentation. aku masih macam taun taun sebelum ni. tp makin extreme lah. projek masyaAllah. naseb baek da settle semua. Alhamdulillah.

p/s : ujan adalah punca aku nak wat new post kat blog buruk ni. to be continue..


Saturday, September 10, 2011

sem baru

tido bangun tido bangun rupa-rupanya da melangkah ke tahun 3 aku di UKM. ramai antara rakan-rakanku bakal melangkah ke alam pekerjaan setahun selepas ini. InsyaAllah. tapi bukan aku. aku masih ada baki pengajian 2 tahun. kenapa lah mesti 4 tahun total tempoh pengajian untuk majoring aku. tapi bagus jugak. lambat kerja lambat bagi duit raya kat anak-anak buah. sekarang bukan senang nak cari duit. bukan senang jugak nak tak abeskan duit. manusia manusia.

melangkah ke sem baru dengan azam dan harapan baru. harap harap bukanlah hanya kata-kata di mulut dan niat di hati semata-mata, tapi ada usahanya. pulang ke UKM, ada rindu bertapak di jiwa akan tetapi lara juga memenuhi ruang di hati ini tatkala hendak berangkat ke tempat ilmu ditimba. itu lah situasi normal seorang yang bergelar pelajar. cuti saja hati teramat liat untuk pulang ke kampus. biasa lah, jarang-jarang dengan keluarga kan. makan pun jarang yang sedap-sedap tak macam di rumah, sampai kembung perut menyumbat tanpa rasa ragu-ragu.

cukup lah sampai di sini. mata sudah menguapkan kelopak matanya. selamat malam.

p/s : harap-harap mimpi indah menjelma.


Wednesday, August 17, 2011

hidup adalah anugerah

tak ada manusia yang hidupnya sempurna. pasti ada kecacatan yang mencela. tapi jangan sesekali menyesal dengan apa yang pernah terjadi. musibah dalam kehidupan, perkara biasa yang berlaku. semua orang akan merasainya termasuk diri kita. yang membezakan hanyalah waktu dan masa aerta seberat mana musibah itu menimpa. itu sebagai ujian yang akan memantapkan dalaman diri kita. teruskan melakukan kebaikan di muka bumi. pasti akan mendapat hasilnya kelak. bila? hanya Pencipta kita yang mengetahuinya.

p/s : jangan putus asa. teruskan berdoa.

Saturday, August 13, 2011

tinggi itu bukan selamanya


sinonim kepada terbang adalah bebas. seperti belon-belon di atas berterbangan di udara dengan bebasnya. tapi benar-benar bebaskah? kalau bebas sudah tentu tidak punya masa untuk turun ke tanah kembali kan? setinggi mana pun terbangnya sesebuah belon panas itu akhirnya turun ke tempat kaki berpijak jua. begitu juga manusia. setinggi mana pon darjat dan pangkat serta kejayaan yang ditempuhi dan dimilikinya, suatu saat pasti akan merasa juga berada di bawah. jangan terlalu angkuh dengan apa yang sedang dimiliki. ingatlah kepada yang kurang dan langsung tidak mampu untuk memiliki apa-apa. tiada guna kaya di dunia jika tidak berbakti sesama manusia. setinggi mana pun kedudukan kita, akan ada jatuh bangunnya. kerana semua yang kita rancang ada Dia yang menentukan dan semua milik kita di dunia bukanlah hak mutlak tetapi ada pemilik yang lebih berhak iaitu DIA.

A.A.A

title di atas adalah bersempena dengan nama seseorang. orangnya ni berani sangat. tapi dalam alam maya je la. sekali face to face hampeh. wei ubah sikit la cara tu. ayat da okay tapi penakut yang amat. walaupun macam tu tapi dia ni sempoi je orangnya. mengada-ada pon ya jugak kadang-kadang. bagi aku dia ni memerlukan seseorang untuk membimbingnya supaya menjadi seorang yang lebih berani dalam dunia kenyataan. aku nak tolong cari kang salah type lak. cari sendiri la ek? hee. okay je kawan dengan dia ni. boleh wat tempat luahan perasaan secara percuma. siap advice lagi sebagai pakej.

pesanan penaja ikhlas buatmu. hey u deserve better person to be ur partner. don't hope for a perfect person b'coz we're not perfect at all. and plz change ur 'malu melampau' attitude tu okay? just for ur happiness dude ;)

p/s : sory kalo aku terlampau ikhlas. hihi

Sunday, August 7, 2011

khas untuk encik/cik xda nama yang shout kat shoutmix aku

"ad bran plak ko ckp psl islam kat penang, ko pon x pakai tudung, layak ke wei? hihi"

ayat oleh encik/cik xda nama di shoutmix ini agak memanaskan hati aku ketika membacanya. tapi pabila memikirkan bulan puasa yang mulia dan mungkin kata-katanya itu sebenarnya nak menasihat secara halus hingga tersentap orang yang membacanya aku cool down. ya i'm not wearing hijab. am i not a muslim? nauzubillah, sesungguhnya aku memohon kepadaNya aku tidak terbuang dari agama Islam yang suci ini. mungkin aku SANGAT tak layak nak berbicara mengenai Islam memandangkan dari fizikal aku pon menunjukkan aku bukan muslimah yang sejati. namun hanya Allah yang tahu betapa aku cuba untuk mendekatiNya dari hari ke hari. apa pon aku terima dengan hati yang terbuka. terima kasih encik/cik xda nama. ayat sentap ko akan aku ingat sampai bila-bila. tolonglah berdoa kepada Allah supaya aku cepat berubah menjadi mungkin seperti ko seorang Islam sejati. kita sesama Islam kan? harap-harap ko tak keberatan untuk mendoakan aku :)

p/s : untuk encik/cik xda nama, terima kasih sudi melawat blog aku ni, rajin-rajin lawat la lagi :)

Saturday, July 9, 2011

BERSIH

aku ni bukan la sorg minah yang sangat taksub dgn politik tp kadang kala amek tao la jugak apa jadi kan. isu terbaru dan terhangat di malaysia, perhimpunan BERSIH. Datuk Ambiga jadi ketua.

bagi aku sesiapa yang ikut perhimpunan ni terutamanya orang MELAYU agak bodoh la. ketuanya da sah-sah india. pastu dok tarik penyokong2 pembangkang join perhimpunan ni termasuklah golongan cina dan melayu jugak. apa yang aku nampak, perhimpunan ni bakal memecahbelahkan melayu yang sedia berkonflik dlm politik. ahh politik ni ibarat rambut yang kusut, susah nak x kusutkannya.

pikir la sikit. kalo pembangkang yang pegang negara, berapa percent sgt melayu yang akan ada dlm tunjang pentadbiran ? last-last melayu dok nganga bawah cina dan india. sedangkan malaysia ni tanah kita. aku taknak ditadbir oleh pemimpin bukan melayu. tgk kes kat pulau pinang da la. macam2 benda berkaitan Islam tak boleh. wth ??

kononnya bukan sbb politik perhimpunan ni diadakan. pirahhh. nenek tak sekolah pon bley detect la benda2 macam ni.

harap-harap esok bersamaan 9 Julai 2011 tak menjadi sejarah hitam wat malaysia. jgn la geng-geng Ambiga ni wat kecoh tak tentu pasal. nak berhimpun silakan. tapi jgn membahayakan rakyat malaysia yang lain.

p/s : I LOVE MALAYSIA

Wednesday, June 22, 2011

port dicksonnnnnn

tanggal 18 june 2011 bersamaan ari ahad,,plan yang tak terduga terjadi,,mula-mula tak mau p,,tapi akhirnya memikirkan pantai yang bersih dan nyaman p la jugak,,port dicksonnnnnn,,sesuai sgt timingnya,,release tension before exam,,siap bawak notes uolss,,tapi bacanya harammm,, =.=''

aktiviti asal aku ni pemerhati je,,tapi aku ada la bawak baju untuk mandi manda atas desakan rakan-rakan yang laen,,okay ikut saja,,mana la tao tiba tiba nak mandi kan,,dekat tgh hari baru gerak,,dalam perjalanan mengharapkan sesuatu yang indah berlaku,,cehhh

tidak dijangka aritu merupakan ari kami semua snorkling,,whoaaaa,,ni first time untuk aku,,yang laen-laen aku tak pasti,,aku ni da la penakut air dalam dalam ni,,tapi sebab nak tgk ikan and coral di dasar lautan yang terbentang luas aku gagahkan jugak,,benda ni pon tak plan,,tapi sebab bro ni macam xd customer laen je then dia offer harga murah,,nego punya nego dpt lg la murah,,pakej skali banana boat,,whoaaaa skali lg,,haha,,menjerit-jerit aku naek benda alah tu,,terbayang mcm mana la kalo tergolek masuk laut,,da la tak pandai berenang,,OMG!

lewat petang baru la kami gerak pulang,,da lama x vaccay sama-sama mereka yang ku syg,,hee,,sweet memories before cuti yang pnjg ni,,love uolsss :)


abg ni la punca kami snorkling (baju pink)

before balek,,winkss
get ready nak masuk laut,,auwwww





Monday, June 6, 2011

cuteeeeee

Boy : i can make you say 'i love you '
girl : impossible !
Boy : bet me ?
Girl : ok ,
boy: says blue ,
girl : blue .
Boy : now say pink .
Girl : pink .
Boy : what 1+1 ?
Girl : 2 ,
boy : say love
girl : love .
Boy : how old are you ?
Girl : 18 .
Boy : aha ! See , i cud make u say ur age ! ;D
girl : no ! You bet me that you cud make me say i love u..
Boy : you just say it :) ♥

Saturday, May 28, 2011

driving

aku memang terer kalo driving (org la salu ckp cmni) sampai la satu masa tu aku diberi kepercayaan utk bawak van (picnic punya pasal). tapi minggu ni driving skill aku makin truk. nak tekan pedal minyak tertekan brek pastu keta mampos. nak masuk gear tapi clutch x tekan abes. meraung jap keta. nak belok kanan x lepas. taya terlanggar plak divider. pecah da sket rim. x penah aku bawak keta truk cmni. sighhhh =.=

p/s : nak p amek lesen lori cmna kalo asek jadi cmni,,aiyaaa @.@

Tuesday, May 24, 2011

felda ayer itam

18 hingga 22 mei 2011 tarikh keberadaan di felda ayer itam, johor. aku sebagai salah sorang peserta program khidmat komuniti. tugas aku adalah menjadi anak angkat kepada salah sebuah keluarga kat situ. ada adik beradik gak oo.. namanya Teh Nurliyana. majoring fisioterapi kat UKM cawangan KL. adik beradik angkat plak ada 4 org. yang sulung form 4, second darjah 6, third darjah 3 and yang last darjah 2. manja semua adik2 aku ni. yang sulung tu salu tembak ayat2 perli kat aku dengan teh. terasa la jugak tapi memandangkan dia baru nak meningkat remaja so kami pikir maybe style dia macam tu. lex suda. budak2 tak perlu nak layan sangat. walaupun dia macam tu aku tao dia sayang kami. haha.

aktiviti sepanjang kat sana. ofkos la kami ibarat kakak sulung dalam family angkat tu. aku ditugaskan guide adik darjah 6 dalam kelas. so pagi2 kena bangun mandi siap2 p antar adik2 aku ke sekolah. perghh liat la jugak tapi sebab pikir kat uma org so gagah gak la bangun mandi di pagi yang sejuk cmtu. sibling aku sedap bergolek lagi lepas subuh. JELES! dia dok uma tolong mak masak. pastu baru p dewan setting apa2 yang patot. bila malam plak makan awal tdo pon awal. tak ley terima btol kul 9.30 da gelap uma. haha. sesungguhnya kehidupan org2 kat felda memang macam tu. bangun awal dan tdo pon awal.

kenangan dgn kawan2 sekolej pulak. macam biasa la. mengumpat tu wajib. bukan mengumpat family angkat tapi mengumpat urusetia2 program tu. macam sh*t certain urusetia tu. macam nak bagi makan kaki. bukan kaki ayam tapi kaki aku. heh. poyo sial. padahal setaraf je pon 2nd year. podahhhh. wat program serupa syok sendiri. kelam kabut sana sini. aiyo. tapi bukan SEMUA yang macam ni. sikit2 je. pastu ada ketika kami lepak kat warung makan abc. perghh nikmat sebab johor SANGAT panas berbanding bangi. ini serius. sambil melepak sambil mengumpat la kan. pastu snap sana snap sini. lari dari rewang memasak masa last day tu. bukan saja2 tao tapi sebab nak cari adiah kat family angkat. singgah jap kat uma abg ijan makan2 rehat2 tdo2. hee

hari terakhir a.k.a hari perpisahan. menitis jua air mata ku nak berpisah dengan keluarga yang menjaga aku 5 ari tersebut. adik aku yang sulung tu menangis beria. aku da cakap da dia sayang kami. kalo tak sayang tak nangis da tu. kih3.

macam2 pengalaman yang aku dapat. semuanya dalam memori. 1 day aku nak p jenguk lagi family tu. and aku harap adik2 aku tu berjaya dunia akhirat. =)



team ibu zain yang kepoh dan kuat mengumpat




first time makan nasi ambang. satu dulang 4 5 org.




ni la family angkat aku =)


p/s : mak,,kalo ica kawen dgn org joho ica paksa mak dtg kenduri tao,,kih3


Thursday, April 28, 2011

cuti dan kelas semula!

hoyeahhh,,exam suda melenyapkan dirinya,,wehuuuu~~ komen tentang exam ? hardcore punya paper aku harap harap tak fail lahhh,,gila stress paper intermediate accounting siri 2 neh,,wat aku teleng kepala,,haiyaa =.='' plus aku harapkan result terbaek,,usaha suda,,tawakal pula,,keputusannya serahkan padaNYA yang pakar :)





afte exam mau pulanglah,,hoi rumah,,sila tggu aku dgn makanan yg best,,bosan oi makan kat sini,,haihhhh~ cuti sebentar aja dong,,next week udah datang lagi ke sini,,shortsem pulak,,uhuk3!

orite,,mari sambung kemas brg,,japg suda mau pulanglah,,ngee~ selamat bercuti semua! :)

p/s : kt uma 4 ari,,kat ukm 2 bulan,,cetttt =.=''

Monday, April 18, 2011

4th paper esok

lepas paper killer esok,,ad lagi 2 paper,,MENGHAFAL semuanya,,pastu nak balek bercuti kejap,,penat da tension plus stress kat sini,,okay babai

p/s : arini jiwa x tenteram plus panas so x ley study,,ampunkan saya buku sbb x bercinta dgn awak arini +_________+

Monday, April 11, 2011

sweet maybe ? ;)

her : I like someone.

him : Who ?

her : Wait, wait. I love someone.

him : Can you tell me ?

her : Yeah, but you can't laugh.

him : Okay, I won't. Just tell me.

her : It starts with a Y and ends in U.

him : I like that person, too.

p/s : copy dari earthylifeofme.tumblr.com,,sweet kan ? :)

Sunday, April 10, 2011

hati wanita itu..


hati wanita itu..
katanya lembut..

hati wanita itu..
katanya lemah..

hati wanita itu..
katanya mudah terusik..

hati wanita itu..
katanya senang dipujuk..

semudah itukah dinilai hati seorang wanita ?
ada benarnya..
wanita itu hatinya lembut, lemah, mudah terusik dan senang dipujuk..
tapi wanita juga punya hati yang cekal dan kuat..
buktinya ?
kesedihan wanita itu bukan hanya ditunjuk melalui airmatanya saja..
tapi juga melalui airmata hati yang mengalir tanpa ada yang mengetahui..
kecuali diri dan hatinya sendiri..

kerisauan hati seorang wanita tiada kesudahannya..


p/s : sedang menangis dalam hati,,so painful :'(

p/s/s : rindu mama n abah,,cepat la balek,,kakak nak call mama abah :'(

Saturday, April 9, 2011

EXAM IS errrr

errrrr errrrrr,,da 6jam on lappy,,setengah jam tdo,,2jam setengah hindustan,,setengah jam blog,,study ? blom lg,,paper ari isnin,,blom study pape,,kertas kertas besepah atas meja tp pen senyap je x menulis,,hebat hebat =.=''

p/s : warghhh x suka bila ujung sem tiba,,uhuk3!

Friday, February 18, 2011

pengalaman itu sangat berharga

cerita lama tapi nak cerita gak!

pengalaman nak balek CNY,,naseb baek CNY,,bukan raya aidilfitri,,kalo x mesti lg sadis,,bergerak ke LCCT awal gila,,around 4.45am kot,,ramai tol org nak ke destinasi yg sama,,kuar awal pon x guna sebab last last miss flight,,what ????? yes,,it is true,,perghhh tangkap leleh jap,,da la sorg sorg,,tahan je tears dari membasahi pipiku,,heh,,last last patah balek ke UKM,,beli tiket bas tambahan,,seat blkg skali dekat enjin tu,,nak terlelap je terkejut bunyi enjin =.='' punya la lama journey,,dari kul 12.45am sampai la 9am,,saket badan xyah cakap la,,tapi alhamdulillah aku sampai gak,,terima kasih banyak banyak kepada orang orang yang terlibat secara langsung atau x langsung dalam drama aku sempena CNY yang lepas,,wink wink ;)

p/s : xmau book tiket pagi pagi buta lg,,uhuk2!

Thursday, February 17, 2011

sekolah vs universiti

mula klas

sek : kul 730 da beratur tepi klas utk nyanyi lagu negaraku dan bacaan doa

uni : kul 730 melingkar atas katil sambil berfikir nak p klas ke x

masa rehat

sek : semua kena keluar klas ke kantin even yg puasa pon,,masa ni la mula bergosip sambil makan,,mmg kenyang

uni : balek bilik atau p surau fakulti sambung tido lg,,x sempat nak borak sgt,,tido lg penting

abes klas

sek : drift moto di jalanraya sampai tudung terbang,,sampai uma cari katil,,penat klas byk sgt

uni : bersiar siar jalan kaki dulu sebelum balek,,sampai bilik on lappy online,,al maklum la da byk tido sepanjang ari

keja skola / assignment

sek : arini dapat arini wat sebab esok cigu nak check

uni : arini dapat 2 bulan kemudian baru wat,,lecturer suro submit lambat lg,,lex lu kan

weekend

sek : time ni cigu cigu sebuk nak wat kelas tambahan,,x pon student sebuk p tusyen,,especially yg nak exam upsr,pmr,spm,,sempat la jugak nak bersosial dgn kawan kawan

uni : time tuto,,time qada tido,,online sampai lebam,,muvee sampai pengsan,,enjoy ngan kawan kawan slagi boley,,skang da xd tusyen macam dulu dulu,,buku time klas nanti baru pegang,,nak wat revision tggu nak exam nanti

p/s : mcm ni la kehidupan aku,,haha :))

Thursday, January 13, 2011

senario perkahwinan




scene 1

awal perkahwinan

isteri : hari ni kita makan kat kedai ye,,

suami : okay,,no problem

pertengahan perkahwinan

isteri : hari ni kita makan kat kedai ye,,

suami : awak tak boleh masak ke ?

penghujung perkahwinan

isteri : hari ni kita makan kat kedai ye,,

suami : baik saya kawen lain yang boley masak kat uma

scene 2

awal perkahwinan

isteri : ayang mengandung,,

suami : abang x sabar nak tgk anak kita,,

pertengahan perkahwinan

isteri : abang,tolong buatkan susu anak,,

suami : abang ngantok la,,ayang la g buat,,

penghujung perkahwinan

isteri : cuba awak tegur cket anak tu,,

suami : hai,,anak awak,,awak je la yang tegur,,

scene 3

awal perkahwinan

isteri : ayang x pandai masak,,

suami : okay,,xpe,,boley makan kat lua kan ? :)

pertengahan perkahwinan

isteri : ayang x pandai buat rendang,,

suami : awak ni pemalas la,,

penghujung perkahwinan

isteri : ayang x pandai buat kek,,

suami : mak ko tu,,dari dulu semua x pandai,,

p/s : tiada kaitan dgn hidup ataupun mati ;)

Sunday, January 2, 2011

tips reject awek

org kata nak reject pompuan susah,,takut nanti dia frust dan bunuh diri,,so utk elak benda benda macam ni guna dialog ni :

1) Semalam I check dgn doktor, dy kata I HIV positif,,

2) Kt tlinga I ni da suara suruh I bunuh diri,,

3) U nmpak x mmat tu (padahal xde org pun kat situ)

4) Adk beradik I da 10 org, smua belajar lg, I kena sara diorang sbb parents I dh meninggal

5) I dh keje kt 20 company, tapi plg lama tahan pun 2 bulan

6) Hari2 along cri I, utang dgn diorang dah cecah 100 ribu,,

7) Errr, sori, terpegang pulak,,

8) Lupa nak bagi tau u, I ni duda anak 10

9) Ish, klau nak kawin dgn U, I kena ceraikan bini I yg ke 4 tu, cian dia

p/s : wa pon takut kalo mcm ni,,haha :D