Wednesday, August 17, 2011

hidup adalah anugerah

tak ada manusia yang hidupnya sempurna. pasti ada kecacatan yang mencela. tapi jangan sesekali menyesal dengan apa yang pernah terjadi. musibah dalam kehidupan, perkara biasa yang berlaku. semua orang akan merasainya termasuk diri kita. yang membezakan hanyalah waktu dan masa aerta seberat mana musibah itu menimpa. itu sebagai ujian yang akan memantapkan dalaman diri kita. teruskan melakukan kebaikan di muka bumi. pasti akan mendapat hasilnya kelak. bila? hanya Pencipta kita yang mengetahuinya.

p/s : jangan putus asa. teruskan berdoa.

Saturday, August 13, 2011

tinggi itu bukan selamanya


sinonim kepada terbang adalah bebas. seperti belon-belon di atas berterbangan di udara dengan bebasnya. tapi benar-benar bebaskah? kalau bebas sudah tentu tidak punya masa untuk turun ke tanah kembali kan? setinggi mana pun terbangnya sesebuah belon panas itu akhirnya turun ke tempat kaki berpijak jua. begitu juga manusia. setinggi mana pon darjat dan pangkat serta kejayaan yang ditempuhi dan dimilikinya, suatu saat pasti akan merasa juga berada di bawah. jangan terlalu angkuh dengan apa yang sedang dimiliki. ingatlah kepada yang kurang dan langsung tidak mampu untuk memiliki apa-apa. tiada guna kaya di dunia jika tidak berbakti sesama manusia. setinggi mana pun kedudukan kita, akan ada jatuh bangunnya. kerana semua yang kita rancang ada Dia yang menentukan dan semua milik kita di dunia bukanlah hak mutlak tetapi ada pemilik yang lebih berhak iaitu DIA.

A.A.A

title di atas adalah bersempena dengan nama seseorang. orangnya ni berani sangat. tapi dalam alam maya je la. sekali face to face hampeh. wei ubah sikit la cara tu. ayat da okay tapi penakut yang amat. walaupun macam tu tapi dia ni sempoi je orangnya. mengada-ada pon ya jugak kadang-kadang. bagi aku dia ni memerlukan seseorang untuk membimbingnya supaya menjadi seorang yang lebih berani dalam dunia kenyataan. aku nak tolong cari kang salah type lak. cari sendiri la ek? hee. okay je kawan dengan dia ni. boleh wat tempat luahan perasaan secara percuma. siap advice lagi sebagai pakej.

pesanan penaja ikhlas buatmu. hey u deserve better person to be ur partner. don't hope for a perfect person b'coz we're not perfect at all. and plz change ur 'malu melampau' attitude tu okay? just for ur happiness dude ;)

p/s : sory kalo aku terlampau ikhlas. hihi

Sunday, August 7, 2011

khas untuk encik/cik xda nama yang shout kat shoutmix aku

"ad bran plak ko ckp psl islam kat penang, ko pon x pakai tudung, layak ke wei? hihi"

ayat oleh encik/cik xda nama di shoutmix ini agak memanaskan hati aku ketika membacanya. tapi pabila memikirkan bulan puasa yang mulia dan mungkin kata-katanya itu sebenarnya nak menasihat secara halus hingga tersentap orang yang membacanya aku cool down. ya i'm not wearing hijab. am i not a muslim? nauzubillah, sesungguhnya aku memohon kepadaNya aku tidak terbuang dari agama Islam yang suci ini. mungkin aku SANGAT tak layak nak berbicara mengenai Islam memandangkan dari fizikal aku pon menunjukkan aku bukan muslimah yang sejati. namun hanya Allah yang tahu betapa aku cuba untuk mendekatiNya dari hari ke hari. apa pon aku terima dengan hati yang terbuka. terima kasih encik/cik xda nama. ayat sentap ko akan aku ingat sampai bila-bila. tolonglah berdoa kepada Allah supaya aku cepat berubah menjadi mungkin seperti ko seorang Islam sejati. kita sesama Islam kan? harap-harap ko tak keberatan untuk mendoakan aku :)

p/s : untuk encik/cik xda nama, terima kasih sudi melawat blog aku ni, rajin-rajin lawat la lagi :)