Saturday, August 13, 2011

tinggi itu bukan selamanya


sinonim kepada terbang adalah bebas. seperti belon-belon di atas berterbangan di udara dengan bebasnya. tapi benar-benar bebaskah? kalau bebas sudah tentu tidak punya masa untuk turun ke tanah kembali kan? setinggi mana pun terbangnya sesebuah belon panas itu akhirnya turun ke tempat kaki berpijak jua. begitu juga manusia. setinggi mana pon darjat dan pangkat serta kejayaan yang ditempuhi dan dimilikinya, suatu saat pasti akan merasa juga berada di bawah. jangan terlalu angkuh dengan apa yang sedang dimiliki. ingatlah kepada yang kurang dan langsung tidak mampu untuk memiliki apa-apa. tiada guna kaya di dunia jika tidak berbakti sesama manusia. setinggi mana pun kedudukan kita, akan ada jatuh bangunnya. kerana semua yang kita rancang ada Dia yang menentukan dan semua milik kita di dunia bukanlah hak mutlak tetapi ada pemilik yang lebih berhak iaitu DIA.

No comments:

Post a Comment