Tuesday, August 31, 2010

aku terima nikahnya @ aku ceraikan kau

petang ni ujan turun,,sedap wat modal tido ni,,tapi aku terus tekun mengadap soalan tutor taxation utk dikaji,,al maklum laa nak exam esok (arini baru terhegeh hegeh nak study la kan),,rumate ku pulak da off kan lappy sebab kemunculan guruh dan kilat,,aku takut tapi disebabkan nak tengok nota slide,,aku bia je,,haha :D

tiba-tiba ketekunanku terganggu dengan persoalan dari rumateku..jeng jeng jeng..

rumate : ica,,apa pendapat ica dgn poligami ? stuju ke x ?

aku : em,,bagi aku poligami ni ada 2 jenis,,satu sebab nafsu,,satu lagi sebab rasa tanggungjawab seorang lelaki terhadap ppuan,, (agak tidak menjawab soalan di sini)

(lebey kurang macam ni la dialog yang terjadi)

so aku pon berhujah la cket,,bagi aku orang nak berpoligami ni ofkos la bersebab,,x kan la ttba nak kawen dengan anak org plak kan,,

sebab yang aku xley trima bila lelaki tu kawen sebab nafsu nak beristerikan yang lebey bergetah la kononnya,,abes bini kat uma tu x bergetah ke ? dulu bukan maen macam macam kata sayang n cinta diucapkan,,u la yang paling cantek,,u la yang paling i sayang,,i xkan tinggalkan u sebab ppuan laen,,bla bla bla,,pirahhhh !

sebab yang aku boley trima bila lelaki tu berpoligami sebab rasa tanggungjawab terhadap wanita yang memerlukan huluran tangannya sebagai seorang suami (kalo sebagai boyfren mengamuk la aku,,hahaha),,contoh situasi yang aku bagi kat rumate aku :

kononnya kawan baek si lelaki ni meninggal,,then wife dia plak hanya bergantung fully kat husband dia yang da meninggal tu,,wife dia x penah ada pengalaman keja,,dengan ada anak-anak yang nak kena tanggung lagi,,so lepas hilang husband ibaratkan hilang kayu bersandar,,as kawan baek mesti la lelaki ni ada sifat perikemanusiaan untuk tolong wife arwah kawan dia kan ? sampai bila nak tolong tanpa ada ikatan sah,,aku lagi rela bg suami aku kawen dengan ppuan tu dari aku asek ternampak suami aku rapat semacam dengan dia (dalam hati tuhan saja yang tao)..
*situasi ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal*

rumate aku pulak sekeras-kerasnya menentang poligami,,dia rela mintak cerai,,dengan syarat dia da ada anak,,in case blom ada anak memang dia kesah kalo dia kena cerai (tergelak aku dengan statement dia,,hahaha)

dia berbicara dari segi kewangan (yang aku banyak dengar la),,rumate aku cakap kalo stakat keja gaji pon cukup-cukup nak tanggung anak bini yang sedia ada tu x payah la berangan nak kawen baru even kalo niat nak tolong orang,,btol jugak statement ni sbnanya tapi sefaham aku lelaki akan wat sesuatu tu dengan alasan yang kuat,,xkan la nak kawen tanpa ada preparation langsung kan ? (bukan berniat utk memihak kepada lelaki) tapi at least lelaki yang btol-btol matang akan pkir panjang tentang kehidupannya,,xkan semudah tu dia nak wat keputusan,,tapi ada je yang akal pendek,,wanita wanita sekalian sila reject lelaki seperti ini !!!

aku xnak kedekut sebab aku andaikan semua kat dunia ni pinjaman je,,kalo da orang perlukan dan kita mampu untuk bagi why not kan ? walaupun sebenanya dalam hati tahan je perasaan,,sob sob :'( mungkin sekarang aku boley cakap aku terima tapi bila da kawen mungkin pendapat aku da jadi berbeza,,aku pon xtao,,tp yang sure inilah pendapat aku utk masa sekarang,,

aku trima je apa yang rumate aku cakap,,sebab tu pendapat dia,,aku plak consider situasi,,sebab selalunya aku akan letakkan situasi aku di situasi orang yang dalam kesusahan tu,,x ke kesian kat diri sendiri ? (konon-konon hati tangkap leleh la,,hihi)

dan sesungguhnya aku lagi rela dimadukan daripada diceraikan,,apa guna perasaan aku selama ni kalo perkahwinan yang kononnya atas dasar cinta dan tanggungjawab last last berakhir dengan penceraian ? ouhh sungguh x sanggup :'(

so poligami ke cerai yang lebey menarik perhatian anda ? pkir-pkir kan lah..

p/s : harap-harap bakal husband ku nanti x buat aku menangis kekecewaan dan kesedihan,,wuu ~

Friday, August 27, 2010

MR m&m dan MR sundae :)

m&m sedap..
salu yg kaler biru aku makan..
crispy punya..
bila makan tak sedar bila masa benda tu abes..
punya la nikmat makan m&m tu..
haha :D
aku harap hidup aku berwarna warni macam m&m tu..
ada suka ada duka ada ceria ada gembira ada sedey ada kecewa..
baru laa meriah..
heeee ~



sundae mcD sgt best..
tak dapat tahan kalo g mcD tak beli sundae..
2 choice..
kalo dulu prefer strawberry..
tapi skang lebey suka sundae choc :)
bila makan sundae atau laen laen eskrem..
hati bley jadi sejuk..
in case kalo ngah bengang dgn apa apa lah :D
nak berjodoh dgn MR sundae boley x ?
nanti boley la dia sejukkan aku salu..
heeeeeeeeee ;))))))

















p/s : m&m menceriakan,,sundae menyejukkan :DD

Saturday, August 21, 2010

kaseh sayangku beribu tapi cintaku limited .

"sukarnya berbicara tentang hati". sebab utama ? hati tak boleh berkata kata. aku kesiankan sorang gurl ni. dia kawan kepada sahabat aku. aku tak kenal pon. tapi bila sahabat aku bercerita tentang kesah cinta gurl ni,pergh kesian beb. kesahnya macam ni, gurl ni ada sorang kawan lelaki yang baek sangat dengan dia. then bila da terlampau baek ofkos la bibit bibit cinta dan sayang ni timbul. perempuan kan,pantang baek dengan someone cepat je nak fall. naseb baek aku tak camtu. hehehe.

berbalek kepada cerita asal, actually boy ni da ada awek sebelum baek ngan gurl ni. so bila da rapat macam tu si gurl ni sanggup 'bermadu' dengan awek si boy ni. isk isk,aku tak sure why dis gurl sanggup amek risiko macam ni padahal dia sendiri ofkos da tao akibat in future. dipendekkan cerita, dis gurl and dis boy terputus di tengah jalan akibat si boy da terkantoi dengan awek dia. bila ditelitikan balek,boleh tak kalo aku cakap boy ni just maen maen kan dia je ? bukan niat nak judge dia tp macam tu je dia tinggalkan gurl ni. tp tu la salah gurl ni jugak sebab berani mati couple ngan boyfren orang,aduyai ~

dan skang ni ofkos la gurl ni gila gila punya frust. dia asek mengadu kat sahabat aku ni pasal memori memori lampau dia dengan boy tu. ala ala meroyan la kot kan ? huhu. kesian dia. setelah hampir 5 tahun hilang cinta yang dulu then bila datang cinta baru kena pulak boyfren orang. aku sebagai pendengar cerita tak salahkan mana mana pihak sebab bagi aku bertepuk sebelah tangan tak mungkin la berbunyi. macam dorang ni jugak. kalo sorang je feeling tak mungkin la sampai siyes kan ? hmmm ~

apa yang aku harapkan,gurl ni tak la frust lama sangat. kalo ada jodoh tu ada lah. mungkin skang ni baru baru break lagi so memang la frust gila gila kan ? cuma bila kita cintakan someone bersedialah untuk tinggalkan dia andai dia bukan jodoh kita. kalo dia berjodoh dengan kita dia akan kembali pada kita (cewah jiwang le plakss).

untuk boy ni pulak,mungkin dia accept gurl tu sebab kesian or sebab bosan or sebab dia memang suka and sayangkan gurl ni. tp last last dia realise yang cinta dia tak sebanyak kaseh sayang dia. so dia decide untuk pilih salah sorang dari apa yang dia miliki.

untuk diri sendiri pulak,aku harap aku tak terlibat la dalam cinta bersegi segi camni,mau tangkap leleh aku pasni. da tak rock macam skang. hahaha :DD

p/s : CINTA tu x complicated,,tp manusia yang meng'complicated'kan CINTA :D

Wednesday, August 18, 2010

tak bahagia tak semestinya tak boley gembira..

salam ramadhan..bahagia ke aku ? aku sendiri pon x tao..gembira ke aku ? yesssss im happy ! always be happy..selagi ada family walaupun berjauhan (sob sob :|), selagi ada besties,selagi ada kawan,selagi ada teman,selagi ada nafas,selagi ada kudrat,selagi ada kamu,selagi ada DIA,aku gembira..aku boley sentiasa gembira tapi aku tak sure aku boley sentiasa bahagia..beza ke bahagia dgn gembira ? kalo ikut tafsiran aku memang berbeza..bagi aku bahagia ni gembira yang tak terkata utk jangka masa panjang..tp kalo gembira sekejap je boley berubah jadi tak gembira..hmmm..merepek mungkin ? tp tu la yg aku rasa..tapi aku cukup berbahagia dgn apa yg aku ada..aku kena bersyukur sebab semua yang aku ada bukannya semua org ada..

mustahil tak utk bahagia ? TAK MUSTAHIL..
semua org berhak bahagia..
cuma mungkin kebahagiaan itu lambat menjelma..
aku sendiri pon da cukup bahagia dgn kehidupan aku..
mungkin nanti lebey bahagia ? ntah ek..
tunggu je laa kemunculannya..
jeng jeng jeng... :p:p
tp kadang kadang manusia cuba menolak kebahagiaan yg nak dtg kat dia sbb kisah lampau..
kisah lampau terlalu pahit utk dia menelan kebahagiaan yang mahu menjengahnya..
bagi aku org seperti ni perlu diberi masa utk dia neutral balek dari perkara lampau..
sbb apa ?
sbb dia pon berhak bahagia..

p/s : GEMBIRA itu mengundang BAHAGIA :)

Wednesday, August 11, 2010

SAHUR ? ee eee malasnyaaa !!!

sempena bulan penuh keberkatan ni
aku nak share cket la pasal amalan bersahur
ramai di antara kita malas nak bangun sebelum subuh utk sahur kan ?
aku pon kadang2 macam tu jugak
hihihi :p
sebab merasakan tdo lg best dari bangun semata-mata nak bersahur
kalo kat umah aku dipaksa bangun sampai kena heret g dapur utk makan
sampai tahap tu la kemalasan yg melanda diriku
ahaha ~


Hadith :
Daripada Amru bin al-Aas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur.”

(Muslim)

so lepas ni marilah kita sama sama merajenkan diri yg kurang rajen ni utk bangun sahur
seteguk air pon memadai
jgn makan sampai kenyang plak ye
heeeee ;)))))




p/s : bila la agaknya nak dapat puasa penuh mcm zaman kanak kanak dulu yee,,haihh ~

Sunday, August 8, 2010

M.A.L.U

malu kan bila something private terkantoi depan org ?
tu la yg jd kat aku
sgt2 malu
hahaha
xpenah2 aku malu tahap cmtu
haihhh
apa naseb laa kan
tp mybe petunjuk kot
bahawa tett adalah tett
ngeeeeee ~
apakah tett ?
aku saja yg tao
heeeee

p/s : saya gumbira walaupun malu,,wink wink ;;)