Saturday, September 10, 2011

sem baru

tido bangun tido bangun rupa-rupanya da melangkah ke tahun 3 aku di UKM. ramai antara rakan-rakanku bakal melangkah ke alam pekerjaan setahun selepas ini. InsyaAllah. tapi bukan aku. aku masih ada baki pengajian 2 tahun. kenapa lah mesti 4 tahun total tempoh pengajian untuk majoring aku. tapi bagus jugak. lambat kerja lambat bagi duit raya kat anak-anak buah. sekarang bukan senang nak cari duit. bukan senang jugak nak tak abeskan duit. manusia manusia.

melangkah ke sem baru dengan azam dan harapan baru. harap harap bukanlah hanya kata-kata di mulut dan niat di hati semata-mata, tapi ada usahanya. pulang ke UKM, ada rindu bertapak di jiwa akan tetapi lara juga memenuhi ruang di hati ini tatkala hendak berangkat ke tempat ilmu ditimba. itu lah situasi normal seorang yang bergelar pelajar. cuti saja hati teramat liat untuk pulang ke kampus. biasa lah, jarang-jarang dengan keluarga kan. makan pun jarang yang sedap-sedap tak macam di rumah, sampai kembung perut menyumbat tanpa rasa ragu-ragu.

cukup lah sampai di sini. mata sudah menguapkan kelopak matanya. selamat malam.

p/s : harap-harap mimpi indah menjelma.