Thursday, December 6, 2012

Indahnya HidayahMu, Allah :')

assalamualaikum.

lama sungguh tak menjenguk blog ni. masa kurang. nasib baik lah password dengan email ingat lagi :)

btw, latest about me, tengah practical. and now hari hari countdown masa utk abes intern. rindu nak study lagi! rindu nak jumpa cosmates semua :D

talk about the title, hidayah tu tak perlu ditunggu jatuh ke riba, kita yang perlu mencari. ya, aku bukan seorang muslim yang sempurna, banyak kekurangan aku di sisiNya. tapi, Allah itu terlalu sayangkan hambanya. walaupun ada sesetengah perkara aku ingkar atas suruhanNya, Allah tetap turunkan nikmat hidayah kepada aku. Alhamdulillah.

niat untuk aku berhijab itu ada. sentiasa ada. tapi disertakan dengan alasan, "belum tiba masanya". bila mama bertanya, "bila kakak nak pakai tudung?" dengan cepat aku jawab "nantilah ma". Mama hanya mampu menggeleng.

sampailah suatu hari, aku dengan cosmates nak hang out. after dinner, singgah ke surau berdekatan dulu, solat maghrib. langkah saja dalam surau tersebut, seorang makcik menoleh ke arahku. dia baru selesai solat. aku hanya tersenyum. aku berwuduk dan bersolat.

 usai solat, makcik tadi datang kepadaku dan bertanya, "mana tudung?" aku hanya menggeleng sambil tersenyum lagi. makcik memegang beberapa helai rambutku, dan berkata, sehelai rambut yang secara sengaja kita tunjuk pada bukan muhrim buat kita terseksa 80 tahun dalam neraka. kepala tergantung. takut. makcik berkata lagi, "solat dah bagus, dah cantik, tapi tak pakai tudung, sayang" lalu mengusap kepalaku. masa tu aku hanya mampu tersenyum.

makcik mengajak aku datang lagi ke surau keesokan harinya. kata dia, "esok datang lagi, kalau takde tudung makcik bagi esok" aku hanya berkata "insyaAllah".

bila sampai di rumah, aku menangis semahu mahunya, aku terasa terlampau berdosa dengan ibu bapaku, dengan Allah. aku menyesal. dalam masa yang sama aku bersyukur kerana dipertemukan dengan makcik tersebut. sampai ke hari ini aku masih ingat kata kata dan wajahnya.

keesokannya, aku bertekad, aku mahu terus berhijab, tidak lagi menangguhkan niatku, tidak lagi memikirkan alasan belum tiba masa. mujur kawanku yang juga baru berhijrah sudi meminjamkan tudung kepadaku. terima kasih kawan :')

aku berharap perubahan yang dibuatku akan berkekalan dan akan semakin baik. semoga segalanya dipermudahkan. perkenankanlah doa dan harapan hambamu ini Ya Allah.







1 comment: