Wednesday, December 15, 2010

berakhirnya sebuah kehidupan..

bukan senang untuk hadapi kehidupan di pentas teater dunia ini,,banyak perkara yang mungkin tidak dijangka akan berlaku,,macam aku,,tak sangka plak aku tercampak ke ukm untuk sambung blaja lepas matrix,,tak sangka plak aku bley terjebak dalam dunia blogging ni,,kalo nak cerita pasal benda yang tak dijangka ni mmg putus jari la nak taip kan,,hee

dalam kehidupan banyak perkara yang akan datang dalam hidup sebagai ujian,,mampu atau tak kita untuk hadapi ujian tersebut terletak pada kewarasan akal dan keimanan dalam hati,,banyak kes bunuh diri sebab tension,,dan ada juga kes yang macam ni berlaku pada sumone yang aku sangat2 kenal (bukan artis ye)

bila di'rewind'kan balek,,kesal bertapak dalam hatiku,,kenapa harus bunuh diri jadi pilihannya ? sedangkan banyak lagi cara laen untuk hadapi masalah,,mmg mudah mulut menuturkan kata kata,,tapi tidak mudah untuk menanggung beban yang digalas setelah sekian lama,,tapi sebagai manusia yang ada penciptanya,,kita tak boley melawan kuasa Allah,,bukan tugas kita untuk mencabut nyawa sendiri atau nyawa orang laen

so,,gunalah akal fikiran yang waras ni untuk menentukan segalanya dalam kehidupan kita,,jgn terlalu memendam masalah yang dihadapi,,jgn terlalu membiarkan diri ditekan dengan perkara yang remeh temeh sebab akhirnya boley terjadinya stres dan boley membuatkan kita bertindak di luar jangkaan,,siapa yang mahu mati kerana menggantung diri atau menembak diri sendiri ? tiada siapa pon yang akan merancang kematian yang sebegitu melaenkan bila masalah mula datang bertimpa-timpa dan stres menyelubungi diri,,dan akhirnya akal tidak mampu lagi untuk berfikir secara rasional dan syaitan datang untuk menghasut jiwa manusia yang sedia lemah imannya untuk mengambil jalan paling mudah bagi menghapuskan segala masalah,,nauzubillah..

p/s : kesian pon ada,,seram pon ada,,huhu

No comments:

Post a Comment